Skip to main content

GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK ( PERGAULAN BEBAS )

Pengenalan:


           Peningkatan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar IPTA/IPTS sering menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan lebih lebih lagi disebabkan oleh pergaulan bebas.  Pergaulan ini adalah salah satu bentuk perilaku yang mana melewati batas-batas yang ditetapkan oleh Islam. Bagi pelajar IPTA mahupun IPTS harus sedar bahawa merekalah pemangkin pembangunan masa depan negara. Sekiranya mereka sendiri turut terjebak dalam masalah keruntuhan akhlak sebegini, secara tidak langsung mereka sendiri menjatuhkan maruah diri sendiri sebagai golongan yang terpelajar. Hal ini juga akan memberi kesan buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara itu sendiri.


Objektif Tugasan:


i) Untuk mengenalpasti penyebab utama masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar.


ii) Kesan buruk yang akan berlaku apabila terjerumus dalam pergaulan bebas.

iii) Cadangan peranan untuk setiap pihak bagi membanteras gejala ini supaya dapat mengurangkan kes-kes jenayah yang berpunca dari pergaulan bebas.





Definisi Keruntuhan & Akhlak 


Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (1998) , keruntuhan membawa maksud runtuh, kejatuhan, kerosakkan dan kerobahan. Manakala akhlak membawa maksud budi perkerti, kelakuan, tingakah laku manusia samada baik mahupun buruk.



                                       
Dalam keratan akhbar bertarikh 26 Januari 2016, ketua polis daerah keningau mengatakan "Pelajar merupakan golongan pelapis kepimpinan negara dan sekaligus pimpinan dalam keluarga" dapat dilihat bahawa didikan dalam pergaulan bebas memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang tanpa didikan yang sepenuhnya amat mudah seseorang untuk terjerumus dalam kancah yang tidak sihat sehingga melakukan larangan yang telah Allah SWT tetapkan.


APAKAH PERGAULAN BEBAS ???

Pergaulan Bebas (Ikhtilat) ialah suatu bentuk pergaulan atau hubungan secara bebas yang melibatkan laki-laki dan perempuan yang bukan muhrim.


                         

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nur : 30)

Faktor Berlakunya Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Pelajar

1) Diri Sendiri

               Lazimnya, perasaan mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan penyebab utama lebih-lebih lagi jiwa darah muda yang cetek akal fikiran yang sering memberontak dan sering melakukan sesuatu tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan.

2)Institusi Keluarga (IbuBapa)

                Seperti yang diketahui, ibu bapa merupakan tonggak utama pembentukan sahsiah diri bagi anak-anak.  Hal ini berlaku kerana ibu bapa kini terlalu berlepas tangan dalam mendidik dan membimbing berkaitan agama kepada anak-anak sehingga menyebabkan anak-anak terjerumas dalam kancah yang tidak sihat sehingga membawa kepada keruntuhan moral anak itu sendiri.

3) Rakan Sebaya

               Remaja cenderung untuk mencari teman yang sama dengan dirinya sehingga sanggup berusaha meniru perilaku temannya hanya ingin diri diterima oleh kelompok tersebut. Malah apabila diantara meraka mempunyai pasangan ia turut mendorong pelajar untuk berpasangan juga sehingga berlakunya pergaulan bebas

4) Media Massa

            Media Massa sering memaparkan tayangan yang berbentuk kemaksiatan seperti adegan bercumbu, berpelukan dan sebagainya yang  mana dapat mempengaruhi kehidupan pelajar ke arah perilaku yang negetif seperti corak pergaulan seperti unsur-unsur barat.

 Kesan Buruk Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Pelajar


Pergaulan bebas tanpa kawalan akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Antara kesan buruk pergaulan bebas ialah:


1) Pembuangan Bayi

           Kebanyakkan pembuangan bayi berlaku kerana menjalinkan hubungan luar tabii menyebabkan seseorang itu mengandung sebelum kahwin kerana hilang pengangan agama sehingga menjadikan sesoeorang itu tidak berperikemanusian.

2) Tersebarnya Penyakit Yang Membawa Kepada Kematian

        Terdapat pelbagai penyakit antaranya ialah AIDs dan HIV yang boleh membawa kematian kerana masih belum ada penawar bagi penyakit tersebut.

3) Merosakkan Akhlak
             
       Menjadikan Seseorang itu bersikap "hedonisme" yang mana menganggap matlamat hidup hanyalah untuk keseronakkan semata-mata sehingga tidak mempedulikan setiap ajaran dan larangan dalam agama.

4) Kemerosotan Pembelajaran

           Pelajar lebih leka menghabiskan masa dengan bersosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.





Peranan Setiap Pihak Bagi Membanteras Gejala Pergaulan Bebas


Rasulullah SAW bersabda " Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang mencorakkannya, sama ada menjadi yahudi, Nasrani dan Majusi" tetapi setiap manusia mempunyai hak untuk mencorakkan kehidupan bukannya ibu bapa sahaja.

Seperti yang kita ketahui pembentukkan sahsiah seseorang bermula dengn didikan guru yang pertama iaitu ibubapa. Tetapi Ia tidak bermakna andai pihak ibu bapa sahaja yg membentuk dengan sebaik mungkin tetapi dari pihak yang lain seperti Media Massa dan diri seseorang itu sendiri tidak membanteras hal ini juga tidak akan dapat dibendung. Antara peranan dari setiap pihak ialah:

1) Pihak IbuBapa

         Peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang masa dan didikan agama yang sebaik mungkin kepada anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi setiap gerak geri anak-anak seperti masalah yang mereka hadapi,  siapa rakan rakan meraka adakah mempunyai kedudukan moral yang ataupun tidak.

2) Pihak Pentadbiran IPTA/IPTS

            Memperkukuhkan lagi akta disipilin di dalam kampus bagi mengelakkan dan megurangkan risiko pergaulan bebas tanpa batasan.

3)Media Massa

             Pihak media massa perlulah menapis sebaik mungkin apa jua tayangan atau pengiklanan yang berunsurkan pergaulan bebas yang membawa kepada tema seksual.


Gaya Hidup Berpasangan Dalam Kalangan Graduan.

                                           
Cinta itu merupakah suatu fitrah yang telah Allah ciptakan pada manusia tetapi yang mencorakkan cinta itu ke arah kebaikkan atau keburukan manusia itu sendiri.

           Gaya hidup berpasangan atau panggilannya 'COUPLE' merupakan satu fenomena yang kerap berlaku dalam kalangan graduan. Hal ini kerana, graduan menganggap seseorang tanpa pasangan di kampus seperti Low Class lebih lebih lagi apabila rakan-rakan di sekeliling mempunyai pasangan masing-masing. Apabila mempunyai pasangan dapatlah graduan merasakan kasih sayang yang lebih dekat lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan dengan keluarga.

              Berbalik Kepada ajaran islam, couple atau berpasangan merupakan tuntutan islam iaitu berpasangan selepas nikah manakala berpasangan dengan yang bukan mahram sebelum perkahwinan adalah hukumnya adalah haram. Terdapat firman dari Allah SWT dalam Al-Quran  ialah:

               
   Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
( SURAH AL-ISRAA :32)

        Ramai graduan kini mempertahkan bahawa mereka berpasangan tetapi tidak sampai melakukan perbuatan zina. Setelah memerhatikan petikan dari ayat ini, dapat kita simpulakan  bahawa berpasangan sebelum nikah itu adalam HARAM walau tidak melakukan zina tetapi Allah sendiri telah berpesan jangan medekati zina. Antara perkara yang mendekati zina yang sering dilakukan ketika berpasangan sebelum nikah ialah:

1) Orang yang berpasangan tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2)Orang yang berpasangan kebiasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya seperti 'dating'.

3)Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

4) Menyentuh antara lelaki dan perempuan.

5) Sering membayangkan orang yang dicintainya.

              
 Kesimpulan.

Kesimpulan yang dapat disimpulkan melalui tugasan ini ialah pergaulan bebas dan juga berpasangan  banyak mendatangkan keburukan. Kita sebagai umat islam mestilah menghayati setiap ajaran islam supaya terlindung daripada segala kemaksiatan tanpa sedar. Setiap pihak juga haruslah memainkan peranan yang penting bagi membanteras gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar.





Sumber rujukan:




               







               



Comments